← Back to list
Mira Filzah Tidak Akan Bersentuh Dengan Lelaki Ketika Berlakon
Mar 29, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Murai
Bukan sahaja baik perilaku, sopan dimata orang ramai, pelakon Mira Filza menegaskan tidak akan bersentuhan dengan lelaki ketika dalam set penggambaran. Setakat ini, pihak produksi hormat dan akur dengan prinsip Mira walaupun sukar bagi sesetengah adegan , namun setiap perkara, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mira percaya dengan teknik kamera yang dimainkan oleh krew produksi akan menjayakan sesuatu adegan itu.
Mira tidak kisah sekiranya orang ramai akan mempersoalkan keberkesanan lakonannya selepas ini, Bagi Mira, batas pergaulan jauh lebih penting dan harus diutamakan. Meskipun beliau enggan bersentuhan, bukan bermaksud perkara itu akan menjejaskan kualiti lakonannya, penghayatan sesuatu watak itu memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah lakonan.
“Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton”
“Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak”
Satu prinsip yang harus dipuji dan sangat membanggakan, tahniah Mira Filzah kerana berjaya membawa imej muslimah dengan jayanya walaupun berada dalam dunia hiburan yang penuh dengan cabaran ini.
← Previous
“Takkanlah Saya Nak Pakai Telekung Pula”- Zul Ariffin Bidas Komen Negatif Netizen
Next →
Kekasih Baru Fiza Elite Seorang Juruterbang? Hati Fiza Kini Kembali Berbunga-Bunga