← Back to list
Kajol Kesal Berlakon Filem Dilwale
Jan 28, 2016

Oleh Izzat Ismail. Sumber Pink Villa, Times of India, The Quint
Walaupun demam “Dilwale” amat dirasai di negara kita tetapi aura tersebut tidaklah sehebat mana berbanding di India. Buktinya, pelakon popular Kajol telah meluahkan rasa kesal kerana telah membuat keputusan untuk berlakon dalam filem Dilwale.
Filem arahan Rohit Shetty ini gagal mendapat tempat dihati peminat di India sekaligus tidak mendapat kutipan yang tinggi di sana. Bukan itu saja, Kajol turut mengakui telah melakukan kesilapan besar apabila tidak memilih filem Durga Rani Singh yang mampu membina kembali namanya didalam dunia perfileman Bollywood.
Filem yang menampilkan Shah Rukh Khan sebagai pasangan utama, filem tersebut tidak mendapat sambutan sejak ia ditayangkan Disember yang lalu. Sebelum ini juga Rohit Shetty dan Shah Rukh Khan menunding jari antara satu sama lain selepas filem tersebut gagal meraih kutipan yang tinggi di India.
Filem Dilwale dikatakan gagal menyaingi kutipan filem Bajirao Mastani lakonan Ranveer Singh dan Deepika Padukone yang mendapat reaksi positif oleh peminat dan pengkritik filem Bollywood.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Arja Lee Cari Jodoh
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha