← Back to list
Arja Lee Cari Jodoh
Jan 28, 2016
Oleh Izzat Ismail. Sumber UM
Seperti juga wanita, golongan lelaki turut mempunyai kriteria tersendiri didalam memilih calon isteri. Menurut Arja Lee, dia secara berterus terang mengakui ingin berkahwin dengan wanita yang berharta dan jika boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk.
Bukan itu saja, pelakon lelaki ini turut menambah sudah merancang untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi serta mencari wanita yang benar-benar stabil didalam sumber kewangan. Selain itu juga, ciri-ciri wanita tersebut haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.
Dalam pada itu, Arja turut berharap agar bakal isterinya bukanlah berasal dari kelompok selebriti ataupun artis kerana mahukan kehidupan normal dan biasa sahaja. Wahh, boleh tahan jugak kriteria Arja Lee ini bukan?
Jadi kepada wanita di luar sana yang ada persamaan dengan semua kriteria tersebut, apa lagi tak salah rasanya mencuba kerana jodoh adalah ketentuan dari Ilahi bukan? Mana tahu anda adalah jodoh Arja Lee.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Indah Ruhaila Tidak Kisah Dikecam
Next →
Erra Dan Norman Bercinta Kembali