
Sumber Malaysian Digest Kredit foto : mstar online
Jenazah Komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan kira-kira jam 9.50 pagi di tanah perkuburan islam , sungai ramal, pada hari jumaat.
Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Falah pada pukul 6 pagi selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang.
Antara artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah adalah Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Misha Omar, Hasnol dan Nora.
Kami dari ERA fm mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga Allahyarham Adnan Abu Hassan di atas pemergian beliau.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm