Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Komposer yang banyak mencipta kegemilangan, Datuk Adnan Abu Hassan 57 telah pulang ke rahmatullah pada jam 2.17 pagi tadi. Arwah dilaporkan meninggal dunia di hospital Selayang.
Arwah Adnan dimasukkan ke unit rawatan rapi ( ICU ) sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Sebelum ini keadaan beliau dilaporkan kritikal dan doktor mengesahkan Datuk Adnan kini sedang tenat dan meminta ahli keluarga terus berdoa dan memberikan semangat disisinya.
" Adnan menghidap kencing manis dan darah tinggi, beliau kini hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sahaja " kata Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas Sdn Bhd, Sham Amir Hussain ketika dihubungi oleh piha media.
Jenazah Arwah akan disembahyangkan di Masjid Al- Falah dan dikebumikan di sungai Ramal, Kajang. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Satu kehilangan besar dalam industri seni. Tiada lagi alunan lagu dan irama yang pastinya akan memberi impak yang besar kepada kita. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm