
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak
Pelakon Fasha Sandha, atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan akhirnya tampil berkongsi serba sedikit kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.
Selepas kes penceraiannya bersama bekas suami, Jejai , Fasha mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa memberi penjelasan apa-apa kepada pihak media.
Walaubagaimanapun, Fasha akhirnya berkongsi betapa pentingnya restu ibu dan ayah untuk memperoleh kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan. Menerusi program bertajuk “LePaknil” yang bakal bersiaran di Astro ria, pada pukul 930 malam ini, Datuk Aznil Haji Nawawi berjaya menyelami perasaan Fasha setelah hampir 2 bulan beliau bercerai.
Fasha juga memberitahu, pertama kali dalam hidupnya melihat bekas suami Jejai menitiskan air mata selepas melafazkan cerai di mahkamah. Menerusi 5 tahun perkahwinan mereka, Fasha dan Jejai di kurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha. Jika anda ingin tahu kisah selanjutnya, jangan lupa tonton LePaknil pada pukul 930 malam ini !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm