← Back to list
Gelagat Keluarga Amy Search
Jan 11, 2016

Oleh Ina Mohd. Sumber IG Amy & Nabila
Seri pengantin itu masih ada. Belum sebulan lagi usia perkahwinan mereka. Tetapi jelas terpancar kebahagian di wajah Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar. Seperti yang anda ketahui, Nabila dinikahkan oleh bapanya, Amy Search pada 25 Disember 2015. Sebenarnya kami tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Amy dan Nabila di laman Instagram masing-masing.
Sabtu lalu, Konsert Mega Desaru Utama telah berlangsung yang menampilkan Search dan rakan bersama peminat. Menariknya, Amy Search pergi ke Desaru, Johor bersama keluarga dan diikuti sekali dengan Nabila dan suami.
A video posted by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Gelagat mereka anak beranak sangat melucukan. Suami Nabila yang menjadi supir untuk ke Desaru. Meriah betul dalam kereta. Kemudian mereka sempat lagi berhenti di kawasan Rehat dan Rawat sambil makan Maggie. Seperti yang ditulis oleh Amy di kapsyen gambar tersebut,
Anak cucu menantu tkde hal nya... sempoi je ek..:😄Dh nk smpai Desaru jap lgi
Slumber sahaja mereka sekeluarga,kan? Semoga keluarga mereka bahagia dan aman hendaknya. Namun tidak terlambat untuk kami ucapkan Selamat Pengantin Baru! Selamat melayari bahtera rumah tangga!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Erin Malek Sudah Berhijab?
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha