
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Sekarang kan dah jadi trend aplikasi Smule bagi mereka yang gemar menyanyi. Bila Khai Bahar mula dicungkil bakatnya menerusi aplikasi tersebut, ramai pula masing-masing yang turut tonjol bakat mereka dalam nyanyian.
Namun, artis tempatan juga turut serta sama menyanyi di aplikasi ini bersama dengan peminat mereka. Tetapi tidak bagi penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza yang dikritik akibat mencuba aplikasi Smule dan orang ramai menganggap perkara tersebut hanya menjatuhkan nilai seorang penyanyi yang tersohor di Malaysia ini. Lagu cover Yuna iaitu Lelaki dikecam oleh orang ramai dan mereka seakan-akan tidak boleh terima melihat Dato’ Siti mencuba aplikasi ini.

Jelas Siti, beliau hanya sekadar ingin mencuba aplikasi Smule dan orang ramai mempersoalkan tindakan tersebut. Bagi Siti, tiada apa yang salah dan niatnya hanya ingin mencuba apa yang diminat dan aplikasi ini sebenarnya mendekatkan lagi Siti bersama dengna peminat.
“Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain”

Tambah siti, dia juga mempunyai minat dan keinginan yang sama seperti orang lain disampaing aplikasi ini merapatkan lagi hubungan antara dia dan peminat di luar sana.