
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Pelakon popular tanah air, Nora Danish pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai suatu ketika dahulu. Sebelum ini Nora juga merupakan bekas isteri kepada Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram Ramli dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu, Putra Rayqal. Walaupun sudah berpisah lama, Nora masih terkena tempias mengenai kemelut yang melanda Jejai dan Fasha.

Walau bagaimanapun, Nora memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan mereka dan enggan memberi sebarang komen mengenai isu rumahtangga kedua pasangan itu.
"Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan,"
Tambah Nora, apa –apa yang berlaku antara mereka tiada kena mengena dengannya dan tidak ingin lagi dilabel sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga seseorang.

Nora kini sibuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan tudung dan busana hasil rekaannya dan mula menapis tawaran berlakon yang diterima. Jelasnya, fokus yang diberi kini lebih kepada bisnes fesyen yang baru diceburinya. Selain bisnes fesyen, Nora juga mempunya kafe kopi di Bangsar iaitu kopi XOXO dan bakal membuka lagi satu cawangan di Taman Tun Dr Ismail tidak lama lagi.