
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH Online
Pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya menyatakan rasa syukur dan teruja untuk merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci tidak lama lagi. Kata Awal, dia dan Scha sudah lama berhasrat ingin menunaikan umrah di Mekah namun terpaksa ditangguhkan dahulu atas dasar jadual kerja yang padat.

Namun, rezeki berpihak pada mereka tahun ini, pasangan Awal dan Scha akan menunaikan umrah bersama keluarga disamping berpeluang menyambut ramadhan di sana. Awal juga turut membawa puteri kesayangan mereka iaitu Lara Alana dan mereka sekeluarga akan berangkat ke Mekah pada 12 hingga 22 jun ini
Walau bagaimanapun, keputusan membawa Lara turut dibimbang oleh pasangan ini berikutan usianya yang masih lagi kecil. Namun, disebabkan tidak sanggup berjauhan lama, mereka membuat keputusan untuk turut membawa Lara ke tanah suci Mekah. Apa-apa pun diharap Scha dan Awal sekeluarga dipermudahkan segala urusan keti berada di Mekah.