← Back to list
Anzalna Nasir Kini Bergelar Isteri
Feb 21, 2016
Oleh Feyra Nasrom
Perkenalan yang hanya bermula dari laman My Space membawa hingga 10 tahun jalinan percintaan , diakhiri dengan satu ikatan kebahagiaan. Pelakon serta model jelita, Anzalna Nasir akhirnya selamat disatukan menjadi isteri kepada pasangannya Hanif Zaki bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi tadi.
Hanya sekali lafaz, Anzalna Nasir sah bergelar isteri kepada Hanif Zaki. Majlis pernikahan yang diadakan turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Fatiya Latif, Hisyam Hamid, Azri Lufias dan ramai lagi.
Majlis resepsi kedua mempelai ini akan diadakan pada 27 Februari 2016 bertempat di Hotel Grand Hyatt , Kuala Lumpur. Kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada Anzalna Nasir dan Hanif Zaki yang sudahpun melayari bahtera perkahwinan dan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Sharnaaz Ingin Berganding Dengan Johan Dalam Maharaja Lawak
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha