← Back to list
Sharnaaz Ingin Berganding Dengan Johan Dalam Maharaja Lawak
Feb 20, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @sharnaazahmad, IG @jozlynnhanania
Amboi, kelakar betul apabila melihat dua gelagat pelakon dan pelawak tanah air kita iaitu Sharnaaz Ahmad dan Johan ni berbalas video di instagram. Video yang pada mulanya di rakam oleh Sharnaaz ini menyatakan hasratnya ingin mencuba sesuatu yang baru seperti program lawak realiti Tv iaitu Maharaja Lawak dan ingin bergandingan dengan Johan serta dua lagi pelawak kegemarannya.
Bukan itu sahaja, Sharnaaz siap tunjuk lagi trofi yang pernah dimenang dalam Anugerah Lawak Warna yang merangkul dirinya sebagai pelakon komedi lelaki terbaik dan memuat naik video yang berdurasi 15 saat itu ke laman instagramnya, malah siap berkapsyen macam ni lagi ha :
A video posted by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on
Kurang pasti siapa pak cik owner kedai snuker lucky ball yang dimaksudkan oleh Sharnaaz ini tetapi yang pasti, video ini dibalas kembali oleh Johan dalam berbentuk sindiran. Sindiran yang memang lawak habis!
A video posted by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Johan membalas kembali video Sharnaaz itu yang sememangnya boleh buat korang gelak! Kelakar betul la Johan dengan Sharnaaz ni.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Gadis Mirip Fazura Terima 7 Tawaran Model Dan Duta Produk
Next →
Adira Suhaimi Kini Sedang Hamil?