Oleh Feyra Nasrom Sumber Sinar Harian
“Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.
Tidak menyangka dengan tuduhan yang dilemparkan, pelakon serta pengacara cantik Fouziah Gous, jawab isu berkenaan cemburu akan gaun perkahwinan Anzalna Nasir.
Baru-baru ini, gossip bertebaran di media sosial mengatakan ada selebriti yang dengki dan berniat ingin mensabotaj gaun perkahwinan Anzalna, dengan ciri–ciri yang didedahkan menggambarkan wanita itu berambut panjang lebat, berperwatakan lemah lembut itu, orang ramai mula mengaitkan Fouziah Gaus merupakan aktres tersebut.
Tuduhan mula bertambah kukuh apabila ada khabar angin mendakwa Fouziah Gaus juga pernah menempah baju perkahwinan dengan Cosry dan beliau dikatakan menghasut pereka tersebut agar menghasilkan baju pengantin Anzalna dengan ala kadar sahaja. Tuduhan tersebut sama sekali dinafikan oleh Fouziah Gaus.
“Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry.
“Bagi saya, setiap wanita ada kecantikan tersendiri untuk ditonjolkan di hari bahagia mereka, jadi, tidak perlu cemburu”
Tambahnya lagi, ramai netizen salah anggap dengan gambar serta status yang dimuat naik ke laman instagramnya tempoh hari yang dikatakan berbaur cemburu terhadap gaun cantik Anzalna. menurut Fouziah Gaus, mereka hanya tidak tahu membaca dan memahami maksud sebenar status tersebut. Walaubagaimanapun, Fouziah Gaus langsung tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan.
Beliau juga ada memuat naik satu gambar sebagai pesanan buat semua pengguna media sosial agar tidak meluru melemparkan tuduhan terhadap seseorang tanpa mempunyai bukti yang kukuh dan sahih.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm