Dato Siti Nurhaliza lahir pada 11 Januari 1979, beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit dan ahli perniagaan. Beliau memulakan kerjaya seusia 16 tahun selepas memenangi satu pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995.
Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.[4] Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Asia New Singer Competition di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999,[5] dan Anugerah Persembahan Vocal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.
Sehingga kini beliau telah memenangi lebih 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara.[7] Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards, 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.
Berbekalkan dengan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan singles, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.
Pada tahun 2005, beliau menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London dan diiringi oleh London Symphony Orchestra. Sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang.
Diskografi
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, terutama sekali di Malaysia dan Indonesia, sepanjang kerjayanya dalam bidang seni. Album sulungnya dilaporkan terjual lebih 50,000 salinan dan lapan daripada 14 album solonya turut menerima sijil Emas, Platinum atau berbilang Platinum dari Malaysia dan Indonesia: album Siti Nurhaliza kedua (6 kali platinum, 400,000 salinan dijual) Cindai (5 kali platinum, 400,000 dijual di Malaysia dan 100,000 dijual di Indonesia), Adiwarna (4 kali platinum), Pancawarna (2 kali platinum), Siti Nurhaliza Tarudin Official” Sahmura (2 kali platinum), Sanggar Mustika (emas di Indonesia dengan lebih 75,000 dijual),E.M.A.S (2 kali platinum, 200,000 dijual;[80] platinum di Indonesia, lebih 300,000 dijual) dan Transkripsi (4 kali platinum, 80,000 dijual). Album Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London[73] dan Anugerah Aidilfitri turut menerima sijil 3 kali platinum dengan terjual lebih 60,000 salinan di Malaysia dan satu sijil platinum dari Indonesia. Album kesepuluhnya, Prasasti Seni terjual lebih 100,000 unit di pasaran Malaysia dan 700,000 lagi di pasaran Indonesia. Album kompilasi pertamanya, The Best of Siti Nurhaliza diberi pensijilan Emas di Indonesia kerana terjual lebih 75,000 unit.
Album Studio
Anugerah
Sepanjang karier beliau, Dato' Siti Nurhaliza telah dianugerahi lebih daripada 150 anugerah dari dalam dan luar negara. Dato' Siti juga berjaya memperbaharui rekod diri sendiri apabila disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record - dua kali.