Selamat datang ke ERA fm
Oct 01, 2015
Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah memulakan karier pada usia 18 tahun. Gadis yang dilahirkan di Kuching, Sarawak ini mula mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian di negerinya sendiri antaranya memenangi Bintang Asli Remaja 1996 dan ke peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Remaja Sarawak 1996 dan akhirnya muncul juara dalam edisi 1997. Bertitik tolak daripada itu beliau memberanikan diri untuk keluar dari Kuching dan menyertai pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia iaitu Golden Teen Search 1997 di Kuala Lumpur. Dengan kemenangan di Golden Teen Search nama beliau mula meniti di bibir peminat dan berjaya menambat hati maestro muzik terkenal Adnan Abu Hassan untuk menerbitkan album studio sulung beliau di bawah naungan Delima Records yang ketika itu dikoordinasikan oleh Adnan sendiri. Maka pada 7 Mei 1999 lahirlah album sulung Dayang yang berjudul Dayang Nurfaizah. Album
Album Konsert
Album Kompilasi
Album Bungkusan Semula
Pencapaian Dayang Nurfaizah
← Previous
Next →
Hakcipta © 2015 Astro Radio Sdn Bhd
Taip di atas untuk carian. Tekan kekunci Enter setelah selesai
Welcome back,