Nur Suhada Binti Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga model.
Gadis kelahiran Bandar Melaka ini mula menapak dalam industri hiburan dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-9 pada tahun 2011.
Selepas tersingkir dari program realiti AF9, Ayda Jebat memulakan langkah sebagai pelakon walaupun hakikatnya, dia lebih mencintai bidang nyanyian.
Nama Ayda Jebat melonjak naik selepas selepas lakonannya yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% bergandingan dengan Zul Ariffin.
Drama M.A.I.D yang ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 15 Jun 2015 sehingga pertengahan bulan Julai yang lepas pula merupakan drama kedua gandingan Ayda Jebat bersama Zul Ariffin. Apa yang lebih menarik lagi, OST drama M.A.I.D ini yang berjudul “Siapa Diriku” merupakan nyanyian Ayda Jebat sendiri.
Lagu Siapa Diriku membuatkan Ayda beralih semula ke bidang nyanyian. “Memang saya sibuk dengan lakonan tetapi semestinya saya sukakan bidang nyanyian. Sekarang kalau ada yang bertanya saya apa projek terbaru,saya mahu serius dengan nyanyian. Ini masa yang sesuai”.
Baca #GMMJ: “Siapa Diriku” Buat Ayda Jebat Untuk Menyanyi Semula
Anugerah
-
Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita)
-
Artis Baru MeleTOP
-
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian ke-27
-
Artis Baru wanita Popular
-
Gandingan Serasi Di Layar Perak (bersama Zul Ariffin)
-
Artis Terbaik H!Live Special
-
Anugerah Melodi - Artis Wanita Pilihan
Ikuti Ayda Jebat di Media Sosial:
Trivia Ayda Jebat:
-
Pernah menjadi pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Diploma Seni Muzik
-
Ayda Jebat disingkirkan dari AF9 pada minggu ke-3 melalui Operasi Gugur.
-
Ayda Jebat merupakan kakak kepada seorang penyanyi yang juga kelahiran Akademi Fantasia musim ke-9 iaitu Fina.