MOJO dianggota oleh Ryan Brakhma selaku vokalis utama, Edry Abdul Halim selaku ketua kumpulan yang juga merangkap pemain synthesizer, Denny selaku gitaris, dan Johar selaku pemain dram.
Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman ini telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan 'Super-Band' yang mempertaruhkan konsep 'Classic Synth-Rock' sebagai identiti.
MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.
Mojo telah melancarkan album kedua mereka yang berjudul ‘Nada’.
Follow Mojo di media sosial:
Facebook: facebook.com/TheMojoNetwork
Twitter: @thebandmojo
Instagram: @thebandmojo