Kecoh Penghadang Kayu Di Masjid Bergerak Sendiri, Ini Jawapan Kepada Persoalan Tersebut
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Mynews Hub & Kosmo!
Minggu lepas, kecoh apabila satu video penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong. Pelbagai andaian dan misteri dilontarkan berhubung punca kejadian ‘mistik’ itu.
Menerusi video tersebut, penghadang masjid dilihat bergerak sendiri beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.
Menurut siak masjid berkenaan, Zakaria Lani, kejadian aneh itu dirakam pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.
Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerusi laporan yang dimuatnaik Kosmo! mengesahkan kejadian itu disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal.
“Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin,” katanya kepada Kosmo!
Misteri terungkai. Klip video merakamkan kejadian aneh melibatkan dua penghadang kayu dalam Masjid Jamek Tedong, Jasin di Melaka yang bergerak sendiri dan menjadi viral dalam laman sosial telah terjawab apabila Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan ia disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal. Berita penuh http://ow.ly/c3B9301ogcU Video oleh MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
Posted by on Saturday, June 18, 2016
Video yang viral minggu lalu telah mengundang pelbagai spekulasi seperti menyatakan bahawa jin dan makhluk halus telah menyebabkan penghadang kayu berkenaan bergerak dengan sendirinya.
Walaubagaimana pun, pihak JAIM tidak menafikan kewujudan jin dan terdapat golongan jin yang berupaya meminda atau menggerakkan benda secara fizikal, seperti jin Ifrit, seperti mana yang berlaku pada zaman Nabi dan Rasul.