-
Main
-
Spontan ERA
-
Sketsa JoHaRa
-
Teka Lagu
Anda semua mesti janji dengan JoHaRa ok? Bangun setiap 6 pagi, terus buka radio dan dengar celoteh kami! Setiap Isnin hingga Jumaat jom bersarapan bersama Johan, Haniff dan Ray sambil mendengar segmen sarapan no. 1 di Malaysia, JoHaRa Pagi ERA!
Setiap hari, ada saja agenda dan topik yang ingin JoHaRa ketengahkan. Anda semua boleh berinteraksi dengan JoHaRa setiap pagi dengan menelefon studio di talian atau terus ke fb.era.fm untuk menghantar terus komen anda di situ ataupun, letak #JoHaRa dan hantar tweet anda ke @era_fm. Kalau nak tahu apa aktiviti harian Johan, Haniff dan Ray, mestilah kena dengar JoHaRa!
6:55 pagi - Tanya Madam Lucy
|
Korang ada masalah? Call je Madam Lucy. Madam Lucy akan menyelesaikan masalah korang setiap hari! |
7:00 & 8:00 pagi - Sketsa JoHaRa ERA
|
Geletek minda dan bergelak ketawalah dengan Sketsa JoHaRa. Ada saja bahan yang dilakonkan oleh Johan, Haniff dan Ray, anda pasti tak kering gusi mendengar telatah lucu mereka. |
7:30 pagi - Spontan English ERA
|
Segmen ini dibawa dari sebuah program TV ke radio! Anda boleh bermain 3 permainan bersama JoHaRa - Pantun Dua Kerat, Soal-Menyoal dan Ayat Penyata, dan kini dalam bahasa Inggeris! Nak bermain bersama kami? Hantar mesej ke |
7:55 pagi - Gosip Mossip Mak Jemah!
Siapa yang cantik? Siapa yang manis? Tentu sekali Mak Jemah! Dengarkan gosip terbaru dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta gosip ahli sukan! Semua tu Mak Jemah kasi sapu habis! |
|
9:10 pagi - Teka Lagu ERA
|
Setiap hari Isnin hingga Jumaat setiap jam 9:10 pagi, ambil bahagian dalam Teka Bunyi ERA. Nilai akan bertambah setiap hari jika jawapan yang anda beri salah! Bunyi apakah itu? Dengar betul-betul... |
9:35 pagi - Teka-Teki Terkial
|
Korang terrer berteka-teki? Jom lawan JoHaRa dalam teka-teki terkial! Hantarkan penyertaan korang kat bawah ni :
|
Video JoHaRa