Kan Dah Kenak- 14 September

Faizan ada menjual jersi bola di Instagram. Kita tak puas hati sebab dia jual jersi Man United dengan harga murah tapi jersi Liverpool dia jual mahal sedangkan quality sama. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - 10 September

Alex merupakan seorang pereka pelamin. Kita kenakan dia dengan meminta special request untuk mereka satu pelamin yang unik dengan menggantung motosikal berkuasa tinggi dekat pelamin masa kahwin nanti. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - 9 September

Khartikasari adalah bekas pekerja salah sebuah restoran fast food. Kita tuduh beliau berhenti kerja atas sebab mencuri resipi makanan di restoran tersebut. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - 7 September

Roslan ada membayar untuk pembelian sepasang kasut di satu Instashop. Dia diberitahu yang bayaran tersebut hanyalah wang pendahuluan untuk kasut bukan harga sebenar kasut tersebut. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - 2 Sept

Mohd Azizi sedang menunggu panggilan untuk temuduga kerja di sebuah pusat beli-belah. Jadi kita buat panggilan untuk menawarkan satu kerja yang dia tak minat #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - 1 Sept

Mangsa bernama Nazrie adalah seorang penjual beard oil. Kita sebagai customer tak puas hati & minta ganti rugi sebab semasa menggunakan beard oil tersebut, ia tertumpah dan memberi kesan sampingan kepada pengguna. #KanDahKenak

Nana Sheme

Kali ini kitakan kenakan penyanyi, Nana Sheme. Baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital atas sebab kesihatan. Pihak hospital dapat tahu yang dia seorang penyanyi dan meminta Nana Sheme membuat persembahan untuk staff & pesakit di situ. #KanDahKenak

Nafri

Nafri seorang pegawai bank yang menguruskan pinjaman peribadi. Kita membuat panggilan untuk memohon pinjaman peribadi darinya, tetapi bukan pinjaman berbentuk ringgit. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Azlan

Kali ini kita suruh Pandelela Rinong untuk kenakan pengurus beliau. Ini berkenaan tandatangan kontrak yang boleh menyebabkan Pandelela melanggar undang-undang. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Kahida

Khaida pernah menyatakan dia berminat untuk bekerja di sebuah hotel sebagai seorang chef. Jadi kita membuat panggilan untuk menawarkan pekerjaan kepadanya tapi dia mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Safri Amit

Kali ini kita kenakan bekas pemain bola sepak Sarawak FA iaitu Safri Amit yang kini menjadi jurulatih skuad Sarawak B19. Tiba-tiba beliau mendapat panggilan dari seorang abang yang tidak puas hati kenapa adiknya tidak terpilih dalam sesi pemilihan untuk skuad tersebut. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Fifi

Fifi seorang peminat Anuar Zain. Dia berharap untuk berjumpa secara dekat dengan artis kesayangannya itu ketika beliau membuat persembahan di Kuching. Jadi Chopie dan Afick beri peluang kepada Fifi untuk bercakap dgn Anuar Zain melalui telefon.#KanDahKenak

Kan Dan Kenak - Apriz

Apriz merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik 'Indraloka'. Baru-baru ini dia ada mengarah sebuah teater untuk satu pertandingan tetapi dia telah mempersembahkan teater tersebut terlalu awal dan akhirnya diketahui oleh penganjur pertandingan. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Kedai Dobi

Kita kenakan 2 org pekerja sebuah kedai dobi, iaitu Siti & Kak Ruziah. Bantuan mereka diperlukan untuk mencuci pakaian secara urgent di dalam sebuah pejabat berdekatan. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Diana

Kita kenakan mangsa bernama Diana, seorang tauke kedai laksa Sarawak. Kita cakap order laksa Sarawak untuk rumah terbuka raya tak sampai-sampai sejak hujung minggu lepas. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Helmy

Kali ini kita kenakan Helmy yang menyambut hari lahirnya 1 Ogos lepas. Kita membuat panggilan untuk memberi tawaran kerja kepadanya tetapi dia seperti tidak berminat. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Mira

Mangsa ini tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang lelaki yang mengatakan dia suka, sayang dan ingin berkahwin dengan adik perempuan nya. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Baim

Mangsa yang bernama Baim adalah seorang penjual kereta. Pelanggan yang menghubungi beliau merupakan anak orang kaya yang ingin membeli kereta mewah berwarna 'pink'. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Syafiq Khalid

Syafiq Khalid merupakan seorang photographer dari Miri. Dia dapat tawaran kerja untuk mengambil gambar di Kuching pada hari raya pertama & kedua. #KanDahKenak

Kan Dah Kenak - Azlin

Mangsa yang bernama Azlin bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk sebuah sebuah local airline. Dia kena bantu seorang warga Thailand untuk beli tiket kapal terbang sebab dia nak balik kampung. #KanDahKenak