Curiga Selepas Bawa “Isteri” Hamil Yang Baru Berusia 12 Tahun, Lelaki 40 Tahun Ini Ditahan
Oleh Syazwan Aizad. Sumber The Sun.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 40 tahun, ditahan selepas membawa “isteri”-nya yang baru berusia 12 tahun untuk melakukan pemeriksaan kandungan.
Lelaki tersebut juga dikatakan telah memalsukan dokumen umur kanak-kanak tersebut menjadi 20 tahun.

Kejadian yang berlaku di sebuah hospital di Xuzhou, China, datang bersama-sama seorang wanita yang dikatakan sebagai ibu mertua gadis cilik tersebut.
Doktor yang meragui status usia gadis cilik tersebut telah membuat laporan polis selepas gagal mendapatkan jawapan daripada gadis tersebut kerana beliau tidak mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

Hasil pemeriksaan juga mendapati gadis cilik ini telah hamil 3 bulan.
*Sumber gambar : AsiaWire.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm