Nak tahu macam mana untuk menang wang tunai RM500 dalam masa 30 saat?

Senang saja!

Apa yang anda perlu lakukan, dengar ERA fm dan jadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil ke udara.

Anda perlu meneka 5 tajuk lagu dalam masa 30 saat. Setiap satu tekaan yang betul, anda boleh meneruskan peraduan dan anda berpeluang memilik wang tunai RM100 untuk setiap lagu.

Sekiranya tekaan anda salah, peraduan akan ditamatkan.

#HitERA bersama Adifashla akan ke udara setiap Isnin - Jumaat dari jam 10 pagi - 1 petang dengan lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa. Layan muzik-muzik hit bersama Adifashla sambil melakukan aktiviti harian anda selama 3 jam berturut-turut. Lagu-lagu yang akan dimainkan dijamin hit dan menghiburkan!

Anda juga boleh menghantar dedikasi kepada Adifashla melalui fb.era.fm atau telefon saja studio di talian 03 9543 3355. #HitERA khusus untuk semua pendengar ERA yang mahukan sesuatu yang hip, kontemporari dan moden!

Ikuti Adifashla di media sosial, Facebook, Twitter dan Instagram @adifashla. Ada soalan nak tanya Adifashla? Gunakan hashtag #HitERA atau #Adifashla untuk berkomunikasi bersama Adifashla.