Dimaki Kerana Makan Dan Minum Dalam Kereta, Tindakan Lelaki Ini Benar Benar Memalukan

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Facebook Neshaal Thanasekaran
Dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, umat Islam diminta untuk menahan diri daripada makan dan minum daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.
Selain itu, kita juga diminta untuk menjaga adab sesama manusia, tanpa mengira agama dan bangsa.
Mungkin ada yang tidak faham konsep sebenar ibadah puasa, seorang individu Islam melakukan perbuatan yang pasti memalukan umat Islam yang lain.
Hanya gara-gara makan dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat, seorang wanita berbangsa India dimaki oleh seorang lelaki baru-baru ini.
Wanita berkenaan terpaksa bersarapan dalam kereta dek kerana tersekat didalam kesesakan lalu lintas.
Insiden ini diceritakan Neshaal Thanasekaran menerusi akaun Facebook miliknya.
Bagi pihak lelaki berkenaan, maafkanlah beliau. Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak sedemikian rupa.