Wang Hantaran Tidak Mencukupi, Pengantin Lelaki Ditumbuk

Oleh Aimi Nordin. Sumber Kosmo

Sedih dan malang menimpa seorang pengawal keselamatan apabila hasratnya untuk melangsungkan pernikahan tidak kesampaian apabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga pengantin perempuan. 
 
Semuanya berlaku tak lama sebelum acara akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Dalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenarkan meneruskan pernikahan hanya kerana wang hantaran yang diminta pihak perempuan sebanyak RM 15, 000 tak mencukupi. 
 
Sebelum ini kedua belah pihak sudah bersetuju untuk membayar RM 15, 000 ketika mereka datang merisik Januari lalu. 
“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.
 
“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya mangsa. 
 
Mangsa yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bergaji RM 1500 sebulan tidak setuju dengan permintaan pengantin perempuan yang meminta hantaran dibayar habis sebelum nikah. Jadi, pengantin lelaki dan keluarga beredar dari masjid berkenaan namun ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan. 
 
Keadaan semakin kecoh apabila berlaku pergelutan dan maki hamun antara kedua belah keluarga. Bagi sesiapa yang nak berkahwin, berilah hantaran semampu yang mungkin dan berbincang lah elok-elok supaya perkara begini tak berlaku lagi. 

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm