Video Smule Duet Bersama Siti Nordiana Viral, Lelaki Ini Ditawar Kontrak Nyanyian


Oleh Syazwan Aizad. Sumber mstar
 
Baru-baru ini, Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, yang aktif di laman sosial SmuLe telah menarik perhatian ramai apabila ramai yang ingin berduet dengan beliau. Namun, duet daripada seorang lelaki ini telah menarik perhatian Nana sehinggakan Nana berkongsi nyanyian tersebut di laman Instagramnya.
 
Khai Bahar nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan. Video tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.
 
Lelaki yang berasal daripada Perlis dan menetap di Sarawak ini turut mendapat tawaran kontrak nyanyian dibawah syarikat nyanyian terkemuka tanah air.Katanya, dia bakal datang ke Kuala Lumpur minggu depan bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.
Tahniah kami ucapkan! Korang yang lain tu boleh lah try SmuLe dengan JoHaRa jom!