“Ada Sebab Kenapa Saya Tidak Berhubung Dengan Bekas Mertua”- Fasha Sandha

Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak
Pelakon Fasha Sandha dikatakan lebih bahagia dengan kehidupan solo setelah bercerai dengan bekas suaminya Jejai pada Januari lalu. Baru-baru ini beliau digossipkan bakal bersatu kembali bersama Jejai namun kenyataan itu dinafi sama sekali oleh Fasha Sandha. Menurut beliau, berpisah merupakan jalan terbaik dan cinta tidak semestinya harus memiliki.

Disoal mengenai kegagalannya dalam perkahwinan, Fasha Sandha ternyata tidak serik dengan perkahwinan Malah beliau sendiri bersyukur kerana dikurniakan harta yang tidak ternilai iaitu anak-anak. HGHasil perkahwinan bersama Jejai, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Namun, Fasha Sandha berkongsi ada satu perkara yang tinggi nilainya disebalik penceraian, iaitu restu. Restu keluarga sangat penting untuk mendapatkan kebahagiaan di dalam rumahtangga. Bertanya mengenai hubungan bersama bekas mertua, Fasha akui sudah tidak berhubung dengan mereka da nada sebab kenapa mereka tidak berhubung lagi. Bagi Fasha sebab tertentu itu biar dia sahaja yang tahu dan tidak perlu dikongsi bersama orang ramai kerana ianya melibatkan maruah keluarga.