
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Boredpanda
Selalu sangat je kita nampak plastik sampah tepi jalan orang buang betul tak? Tapi seorang wanita ni nampak plastik sampah berwarna hitam yang bergerak. Kiranya ada sesuatu yang diikat dalam plastik sampah tu.
Marissa Sergent Lewis ketika itu mengikuti jalan shortcut sebab dia dah lambat untuk pergi ke tempat kerja. Semasa sedang memandu dia nampak beg plastik sampah ni sedang bergerak-gerak. Marissa tahu ada sesuatu yang hidup dalam plastik tu dan dia perlu selamatkannya.
Lepas je buka rupanya ada seekor anak anjing di dalam bag plastik yang diikat. Alahai, kesiannya :'(

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm