
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Shanghaiist
Betapa bertuahnya kita ke sekolah dengan kemudahan yang ada. Walaupun ke sekolah berjalan kaki tetapi jalannya baik, bersih dan selamat. Tetapi bagi anak-anak di sebuah perkampungan di Sichuan, China ni sangat bahaya kerana mereka terpaksa melalui bahagian tebing yang sangat tinggi dan curam hanya untuk ke sekolah!
Bukan itu sahaja, mereka terpaksa tinggal di sekolah selama 10 hari sebelum melalui jalan ini semula untuk pulang ke rumah selama 5 hari dan begitulah sepanjang tahun. Risau mengenai keselamatan 15 budak-budak yang ke sekolah ini, penduduk kampung buat keputusan untuk membina tangga bagi mengurangkan risiko dan bahaya mereka.



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm