.jpg)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mirror.uk
Mungkin selepas ini, Jordan Maxon akan berfikir semula mengenai hobi memburunya selepas 12 tahun apabila baru-baru ini dia mengalami satu pengalaman yang lain daripada yang lain semasa pergi memburu.
Kejadian ini berlaku di sebuah hutan di Wisconsin, semasa dia pergi untuk memburu rusa hutan.
"Selepas segala persediaan saya kemudian naik ke atas untuk melihat spot baru saya. Kemudian saya pergi semula dan lihat sesuatu datang ke arah saya."
Seekor rusa datang ke arahnya dan bermanja dengannya. Jordan rasa bersyukur kerana dia ambil keputusan untuk merakam peristiwa bermakna dalam hidupnya. Sepanjang 12 tahun memburu inilah kali pertama kejadian seperti ini berlaku padanya.
.jpg)
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm