Oleh: Aimi Nordin Sumber: littlethings
Bila kita marah banyak benda yang tak berapa nak bijak kita akan buat, cakap dan sebagainya. Bila kita marah juga fikiran kita automatik jadi tak waras dan tak boleh berfikir dengan betul kan? Tak pasal-pasal nanti menyesal. 9 perkara di bawah ni kita kena elakkan buat bila marah.
1. Jangan memandu
Bila memandu dalam keadaan marah anda akan hilang fokus, nak bawa laju dan letak diri anda dan orang lain dalam bahaya!
2. Tidur
Tidur menguatkan ingatan kita. Jadi, bila bangun tidur anda masih akan berasa marah sebab anda akan teringat semula.
3. Memasak
Memasak ketika marah? No No! Masa ni lah pegang pisau lah dan benda tajam lain. Bahaya kalau sesuatu tak diingini terjadi
4. Melepaskan perasaan pada kawan
Tak salah nak lepaskan pada kawan kalau dia pandai tenangkan anda. Buatnya kawan yang menaikkan lagi rasa marah? Kan dah susah. Jadi lebih baik tenangkan diri dulu okay.
5. Post di media sosial
Ini adalah silap besar yang selalu kita buat. Tak semua perkara kita kena post di media sosial terutama sekali apabila melibatkan perasaan marah.
6. Buat sebarang keputusan
Jangan buat keputusan ketika marah. Kelak akan menyesal. Ingat tu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm