
Sekeping roti jenis Chelsea yang dikirim kepada seorang tentera di Somme pada 100 tahun yang lepas telah ditemui dalam bentuk yang masih sempurna. Roti itu dikirim oleh Lily pada suaminya Alex di Kem Tentera, tapi malangnya roti itu tidak sampai ke tangan pemiliknya kerana Alex mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
Roti yang dihasilkan oleh pembuat roti kegemaran Alex dikembalikan semula kepada Lily yang kemudiannya menyimpan roti itu di dalam sebuah kotak selama beberapa dekad.

Menariknya roti tersebut dijumpai semula oleh anak perempuan Alex, Hazel Hodges dari Herefordshire, England.
“Ibu saya menyimpan roti itu setelah kematian bapa saya, Alex. Ibu saya juga telah mengamanahkan saya untuk menyimpansebuah kotak tetapi saya tidak pernah tahu isinya. “ ujar Hazel dari laporan Mirror.
Hazel memberitahu dia membuka kotak tersebut ketika sedang mengemas barang di stor. Selepas melihat kotak itu, rasa ingin tahu apa yang terdapat di dalamnya semakin membuak-buak.
“Rotinya sudah basi tapi masih dalam keadaan yang baik. Ianya membawa kembali semula kenangan ketika ayah saya masih hidup”.
Sumber dari Mirror