
Oleh: Aimi Nordin Sumber: The Jakarta Post
Selepas viral dan popularnya lagu Pen Pineapple Apple Pen, kini sebuah kafe pula akan dibuka menggunakan nama tersebut. Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Jepun, Pikotaro ini adalah lagu pendek yang berjaya tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS) dan diiktiraf oleh Guiness World Record tau!
Kafe yang bakal dibuka di Tokyo, Jepun ini ada menjual pelbagai menu tapi semuanya ada PPAP di depan. Selain itu, kafe ni juga ada menjual merchandise untuk pengunjung yang datang. Paling menarik sekali tema kafe ini sama seperti baju yang dipakai Pikotaro, iaitu harimau bintang.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm