
Apple baru sahaja melancarkan versi beta sistem operasi terbaru, iOS 10.2. Dalam iOS terbaru ini, Apple menambah pelbagai pembaikan serta penambahan emoji terbaru untuk pengguna peranti iOS.
Pengguna iOS akan mendapat set emoji unicode 9.0 di mana terdapat beberapa emoji terbaru seperti berguling-guling di lantai, selfie, tertawa, daging, haiwan dan pelbagai jenis makanan. Selain itu, update ini juga disertakan dengan Screen Effect "Celebrate" di aplikasi iMessage.

Bukan itu sahaja, pihak Apple juga telah menambah tiga wallpaper terbaru untuk pengguna iPhone 7. Aplikasi video juga disertakan dengan widget dan kini anda boleh menilai dan memberikan skor untuk lagu-lagu yang terdapat dalam aplikasi Music.
iOs terbaru ini akan hadir untuk semua pengguna peranti iOS pada akhir November 2016.


Sumber dari macrumors.com