
(Gambar: says.com)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Bharian
Bukan sesuatu yang mudah filem dari Malaysia untuk sampai ke anugerah berprestij bertaraf dunia Oscar! Tahun depan filem Malaysia akan berada di sana untuk filem Redha.
Filem Redha dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Jawatankuasa Festival Filem Antarabangsa untuk mewakili negara dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik pada Anugerah Academy ke-89 (Oscar) yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 Februari 2017.
Sebelum ini filem Malaysia yang dapat pengiktirafan ke Oscar ialah filem Puteri Gunung Ledang (2005), Bunohan (2013) dan Lelaki Harapan Dunia (2015). Harapnya selepas ni lebih banyak filem tempatan yang berkualiti hingga berjaya ke Oscar.

(Gambar: says.com)
(Gambar: The vocket)
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm