
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Daily Mail
Gadis ini lakukan sedaya upaya yang termampu untuk membalas jasa neneknya yang menjaganya sejak kecil. Liu Lin belajar di Chengdu Universiti dalam jurusan Economics and Tourism Management. Dia bawa neneknya tinggal bersamanya di sebuah bilik yang disewa berdekatan kampus.
Ayahnya sudah meninggal dunia dan ibunya sudah terlalu tua untuk menjaga neneknya. Jadi, hanya dia yang tinggal yang boleh menjaga dan menguruskan neneknya yang patah tulang belakang. Rumah kecil mereka hanya ada dua katil, satu almari pakaian, meja kopi dan meja biasa. Bilik tersebut di sewa dengan harga RM 327 sebulan.
Adik Liu, yang bekerja di Chengdu, datang untuk melawat pasangan itu setiap bulan. Dia memberi mereka hampir kesemua gaji bulannya £ 233 (RM 1089) untuk menampung perbelanjaan harian mereka.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm