
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mashable & Boredpanda
Gurun Sahara mungkin tempat paling terakhir kita ingin pergi di muka bumi ini kerana ini adalah antara tempat yang paling panas dan kering di muka bumi dengan suhu biasa mencecah 30C. Bagaimanapun dengan keadaan bumi yang semakin berubah, Sahara dituruni salji kedua dalam sejarah selepas 1979 semalam. Fenomena pelik ini berjaya dirakam oleh jurugambar amatur Karim Bouchetata.
"Semua orang terkejut melihat salji jatuh di gurun" katanya.
"Ia adalah satu kejadian yang jarang berlaku. Ia kelihatan menakjubkan kerana salji menutupi pasir dan menjadikan gambar sangat cantik. Salji tinggal selama kira-kira sehari dan kini telah cair.
"Ini adalah kali kedua dalam sejarah bahawa salji telah jatuh pada Sahara. Kali pertama adalah pada bulan Februari 1979, juga di Algeria.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm