
Oleh: AImi Nordin Sumber: Mirror.uk
Kita semua sedia maklum bahawa burung kakak tua memang pandai bercakap kalau dia dah biasa dengar atau bila kita selalu ajar dia. Tapi siapa sangka, seekor burung kakak tua jadi penyebab seorang isteri mengetahui kecurangan suaminya.
Hal itu terjadi apabila burung kakak tua tersebut asyik mengulangi perbualan suaminya dan pembantu rumah. Rasa tak sedap hati si isteri bertanya pada suaminya dan melaporkan kepada pihak berkuasa dengan burung kakak tua tersebut sebagai saksi dan bukti.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak kerana mungkin burung tersebut hanya mengulangi apa yang didengar di TV.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm