
Oleh: Aimi Nordin Sumber: The Next Shark
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Seorang pengemis di China kantoi dan ditangkap selepas menyamar kononnya tiada kaki dan lumpuh untuk meminta belas kasihan orang ramai.
Bagaimanapun, helahnya diketahui selepas dia kantoi menanggalkan 'kostum' miliknya ketika beberapa pejalan kaki mengikutnya kerana ragu-ragu melihat pakaiannya yang terlalu besar. Akhirnya kantoi juga apabila dia sebenarnya sihat walafiat dengan dua belah kaki yang cukup sempurna.




*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm