Oleh Syazwan Aizad. Sumber BH.

Bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2016, pertemuan antara Kedah dan Selangor, pelbagai ragam dapat dilihat oleh penyokong kedua-dua pasukan seperti menghias kereta dan rumah, menggayakan rambut dan tak kurang ada juga yang berkonvoi ke stadium.
Berbeza dengan pemilik Restoran Didie Canai, Mohd Najmuddin Mohd Nor, 29, beliau akan memberi 200 roti canai percuma berwarna hijau dan kuning sebagai menyuntik semangat penyokong pasukan Hijau Kuning yang sentiasa menyokong pasukan itu
Sebanyak 200 roti canai warna hijau kuning akan diedarkan secara percuma kepada penyokong Helang Merah sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang Selangor, Ahad ini.
on
Katanya, roti canai terbabit terhad kepada 200 pengunjung yang datang ke restorannya yang terletak di Taman Tunku Maheran, Jitra Kedah, Ahad ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.
"Penyokong yang tidak dapat pergi ke Stadium Shah Alam, Selangor, boleh merebut peluang dengan menonton perlawanan akhir sambil menikmati roti canai percuma.
"Kami sengaja mewarnakan roti canai terbabit mengikut warna pasukan Kedah bagi menyemarakkan semangat penyokong yang akan setia menyaksikan perlawanan yang ditayangkan menggunakan skrin besar," katanya kepada Berita Harian.
Apa pun, selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan!