A video posted by Akademi Fantasia OFFICIAL (@akademifantasia) on
Semalam telah berlangsungnya konsert pertama Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA).
Teka-teki mengenai siapakah pengetua untuk #AkademiFantasia2016 telah terjawab apabila Datuk Shake diumumkan sebagai pengetua untuk program ini.
Zizan Razak masih lagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara tetapi akan bekerjasama dengan Alif Satar untuk mengacarakan program berprestij ini.
Untuk Diari AF2016 pula, hos Hlive! Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir, dan CK Faizal diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara. Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal diberi mandat selaku juri tetap.
Kelainan untuk edisi #AF2016 ini menampilkan dua peserta bukan Melayu yang bersaing iaitu Kareshma Martin John Patrick 18, dan Jasper James Supayah, 23.
Peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.
Peserta lelaki pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.
Tiada penyingkiran di konsert pertama semalam. Jadi jangan lupa saksikan konsert mingguan AF yang akan bermula pada hari Ahad, 21 Ogos ini jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kredit Mstar Online.