Sumber: MStar Oleh: Aimi Nordin
Kali terakhir Erra Fazira berjumpa dengan Shahir adalah setahun setengah yang lalu. Jadi, berikutan dengan itu Erra meminta agar dirinya tak dikaitkan lagi dengan bekas pelajar Akademi Fantasia itu. Sepanjang tempoh itu, dia dan Shahir hanya berhubungan melalui aplikasi What'sApp sahaja.
"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp," katanya kepada mStar
Jelas Erra lagi isu mengenai merisik atau berkahwin tak pernah langsung keluar daripada mulutnya.
"Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.
"Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar," jelasnya.
"Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan," katanya yang tak mahu isu diperbesarkan lagi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm