
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro
Rupa-rupanya pelakon drama Dia Semanis Honey, Nadya Syahera, 23 sudah pun bernikah dengan lelaki yang dikenali selepas lapan bulan perkenalan iaitu Fizul Nawi, 24. Pasangan ini memilih tarikh 25 September lalu untuk mengelakkan fitnah. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh kedua belah keluarga sahaja.
“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.
“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami.
“Hubungan kami sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan,” katanya.
“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.
“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” katanya yang mengenali Fizul di melalui Facebook.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm