
Menerusi Insta Stories milik pereka fesyen Rosix Omar yang merupakan kawan baik kepada Neelofa, Rosix merakamkan detik-detik manis Fattah Amin bersama Neelofa yang dilihat bersama di sebuah gelanggang futsal malam semalam.
Neelofa dilihat memberikan sokongan kepada Fattah Amin di tepi gelanggang yang sedang bermain futsal. Bukan tu je, antara saat-saat manis yang dirakamkan Rosix adalah aksi Neelofa memberikan air kepada Neelofa yang dilihat kepenatan setelah bermain futsal. Tak cukup dengan itu, mereka juga mengambil selfie dan bergurau senda di tepi gelanggang.
Memang sweet gila lah #Lofattah ni. Confirm ramai yang kat luar tu jealous dengan perhubungan mereka ini. Kihkih. Sama cantik dan sama padan, memang sesuailah diaorang ni kalau ditakdirkan bersama.
Ramai peminat kat luar sana tertanya-tanya status hubungan mereka tetapi Neelofa dan Fattah Amin masih lagi membuatkan kita semua berteka-teki tentang status hubungan diaorang. Apa pun, kami dan semua peminat mendoakan agar hubungan mereka lebih dari seorang kawan dan bakal berakhir di jinjang pelamin setelah keserasian mereka yang ditampilkan dalam drama Suri Hati Mr.Pilot sehingga telah mencetuskan fenomena.
Sumber dari Astro Gempak