
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro
Rasanya sekarang ni masih ramai lagi memperkatakan mengenai hubungan Neelofa dan Fattah Amin. Walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama habis ditayangkan, tetapi 'pasangan' ini masih baru sahaja selesai bertemu peminatnya di Singapura dan Brunei.
Semasa Fattah dan Neelofa tiba di lapangan terbang di Brunei, kelihatan Fattah memegang lengan Neelofa dan ianya menjadi buah mulut orang. Ada yang kata tak patut pegang dan sebagainya.
"Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.
"Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, Fattah juga menafikan yang Neelofa menghalangnya berlakon bersama Mira Filzah.
"Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu. Bukan apa, saya perlu fokus dengan bisnes kafe yang baru saja beroperasi di Kota Damansara.
"Selain itu, pusat gimnasium saya yang beroperasi di Kelana Jaya akan dipindahkan ke Kota Damansara. Senang untuk saya pantau jika dua bisnes ini terletak di premis yang sama,” katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm