
Aktor Korea Kim Woo Bin menceritakan pengalamannya ditahan pihak berkuasa Filipina atas rekod jenayah lampau dan sedang diburu oleh pihak polis.
Aktor kacak itu berkata dia ditahan oleh pihak polis di sana selepas selesai menghabiskan penggambaran filem baru bertajuk Master dan mahu pulang ke Korea.
Kim ditahan di lapangan terbang Filipina selepas namanya dikaitkan dengan kegiatan jenayah di sana. Setelah diteliti, nama asalnya Kim Hyun Joong menyerupai nama seorang penjenayah yang sedang diburu di Filipina.
Dia telah ditahan selama seminggu oleh pihak berkuasa di sana namun pihak pengurusan yang mewakili Kim Woo Bin berjaya menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Menurut Kim selepas siasatan dilakukan, dia akhirnya dibebaskan kerana segala dokumen dan cap jari dengan penjenayah tersebut adalah berbeza.
Sumber dari Astro Gempak