
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Selepas putus cinta dengan Sherry Ibrahim, Fattah Amin mengaku ada dipulaukan beberapa rakan bekas kekasihnya itu sejak dua bulan lalu. Bagaimanapun Fattah menganggap ianya hak masing-masing.
"Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, saya tak ada hak untuk memaksa mereka.
"Kalau tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap. Lagipun, saya ada kawan-kawan lain," katanya.
Fattah kini sedang sibuk dan fokus dengan kerjayanya sebagai pelakon termasuk drama trending Suri Hati Mr Pilot yang dilakonkan bersama Neelofa.
"Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak pernah mencampuradukkan soal kerja dan peribadi," katanya yang tak pernah terserempak sekali pun dengan Sherry selepas berpisah.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm