
Ikon Fesyen Malaysia, Wak Doyok mengesahkan hubungannya dengan bekas personaliti tv, Azrinaz Mazhar Hakim telah berakhir. Wak Doyok menjelaskan tiada persefahaman adalah sebab hubungan mereka putus di tengah jalan.
Walaupun ditimpa dugaan, namun Wak Doyok menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. . "Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa. " jelas Wak Doyok ketika dihubungi oleh pihak Berita Harian.
Tambah Wak Doyok lagi, selepas ini dia ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya dan ingin memfokuskan kepada kerjaya dan perniagaan. Sementara itu kisah pertunangannya dengan Azrinaz yang tersebar sebelum ini adalah hanya khabar angin semata-mata.
Cerita tentang pasangan ini yang berpisah mula tersebar apabila Wak Doyok memuatnaik status di twitter yang ada kena mengena dengan status dan hubungan cintanya. Untuk Wak, kami doakan semoga Wak Doyok tabah menghadapi dugaan ini dan semoga cepat dipertemukan jodoh.
Sumber dari BH Online.