Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Selepas bercerai, penyanyi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bagainanapun enggan membayar jumlah nafkah yang ditentukan untuk dua orang anaknya iaitu RM 4000 kerana menganggao jumlah tersebut tak masuk dek akal.
"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya,” katanya
Awie diperintahkan untuk membayar nafkah kepada dua orang anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya Rozana Misbun, 48. Jumlah yang dikenakan itu merangkumi makan minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan hari sekolah dan tempat tinggal.
Bagi Awie juga jumlah tersebut tak munasabah memandangkan kedua-dua anaknya baru berumur 8 tahun dan 6 tahun.
”Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?” soalnya.
"Kos RM4,000 tu kos karut,” tegasnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm