Sumber: Kosmo Oleh: Aimi Nordin
Walaupun sebelum ini kecoh kisah mengenai suami kepada penyanyi Adira yang kantoi videonya merangkul pinggang pelakon Ruhainies, Adira khabarnya tidak bermasam muka dengan pelakon tersebut. Namun setelah mengetahui cerita sebenar dia kembali okey walaupun pada mulanya hatinya sakit.
Adira juga tidak kisah sekiranya suaminya Datuk Red ingin berkahwin empat sekalipun.
“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey”
“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm