Oleh Syazwan Aizad. Sumber HMetro.
Bagi sesetengah orang, apabila sudah mengantuk dan tidak sedarkan diri, letaklah kepala dimana sahaja, pastinya boleh tertidur dengan sendiri.
Tapi takkan lah sampai dalam lumpur pun tak sedar?
Seorang lelaki daripada Cajamarca, Peru, dijumpai tertidur dalam lumpur ditebing sebuah sungai.

Penduduk setempat pada mulanya menyangka, lelaki berkenaan sudah tidak bernyawa.
Rakaman video yang viral di Internet menunjukkan Anticona terkejut apabila terjaga dan melihat polis di sekelilingnya sambil berkata: “Saya tidak melakukan sebarang kesalahan."
Polis kemudian menyiramnya sebelum membawanya ke hospital. Lelaki berkenaan dipercayai mabuk selepas minum terlalu banyak alkohol pada malam sebelumnya.